Terma & Syarat


Beli Dengan Selamat


Segala transaksi kad kredit atau debit di laman sesawang kami adalah dilindungi. Jadi, anda boleh menikmati pembelian atas talian dengan selamat.



Polisi Pemulangan


Kami ingin anda berpuas hati dengan servis kami sepenuhnya. Jadi anda mempunyai hak untuk menuntut pemulangan wang penuh dalam tempoh 30 hari selepas pembayaran. Jika anda ingin batalkan servis kami, anda boleh terus hubungi kami di support@resipikekkafe.com


Segala permintaan untuk pemulangan wang selepas 30 hari tidak akan dilayan sama sekali.



Polisi Privasi


Maklumat yang kami guna


Segala maklumat mengenai aktiviti anda terhadap laman sesawang kami termasuk emel atau maklumat-maklumat lain yang anda bekalkan ketika membuat pendaftaran untuk menggunakan servis dari kami akan disimpan dan digunakan hanya untuk memenuhi permintaan anda atau berkomunikasi dengan anda.



Pendaftaran


Apabila anda membuat pendaftaran untuk servis kami, Resipi Kek Kafe akan mendapatkan maklumat seperti nama dan alamat emel dari anda. Anda boleh melakukan pendaftaran pada e-borang yang kami sediakan.



Maklumat Agregat


Dari semasa ke semasa, kami akan kumpulkan maklumat umum yang bukan peribadi, seperti maklumat dari segi statistik jumlah pelawat laman sesawang pada hari tersebut, jumlah masa yang digunakan oleh pelawat-pelawat di laman sesawang kami dan juga hyperlink mana yang mereka klik. Kami kumpulkan maklumat-maklumat tersebut dengan menggunakan teknologi “cookies”. Kami akan gunakan maklumat-maklumat tersebut untuk tujuan analisa terhadap laman sesawang kami. Anda perlu tahu bahawa maklumat agregat ini tidak dapat mengenal pasti identiti anda, pelawat-pelawat mahupun ahli-ahli kami di laman sesawang ini.



Kongsi Maklumat


Kami tidak akan kongsi maklumat anda kepada pihak ketiga kecuali sesetengah pihak yang akan menguruskan servis pengkhususan seperti memproseskan data atau servis dari segi teknologi. Kami akan kongsi maklumat dengan pihak-pihak tersebut jika diperlukan. Namun begitu, mereka tidak diizinkan untuk simpan sebarang maklumat bagi sebarang tujuan.



Surat Berita dan Promosi


Kami akan hantar surat berita atau promosi mengenai servis kami kepada semua yang membuat pendaftaran pada laman sesawang kami. Namum begitu, anda boleh hentikannya dengan memilih “unsubscribe” pada emel yang anda terima daripada kami.



Perlindungan Maklumat


Kami akan berusaha melindungi maklumat anda. Untuk proses pembayaran, kami menggunakan servis pihak ketiga bernama Mimevo / Onpay untuk memproses maklumat pembayaran. Segala maklumat sensitif seperti kad kredit dan kad debit akan disulitkan oleh pihak OnPay.my (Sila rujuk https://onpay.my/policy untuk maklumat lanjut).


Kami tidak akan jual maklumat anda kepada pihak lain dan kami akan melindungi maklumat-maklumat anda menggunakan “firewall” dan juga teknologi pelindung maklumat. Namun begitu, tidak ada 100% kepastian dalam keselamatan pengaliran data dalam internet. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarangan kecurian, kerosakan atau kebocoran maklumat peribadi anda.



Perubahan Polisi


Segala terma dalam polisi ini akan diubah suai dari masa ke semasa. Anda digalakkan supaya sentiasa mengambil perhatian terhadap polisi kami. Jika anda menggunakan servis dari kami, anda bersetuju terhadap segala perubahan polisi-polisi ini secara automatik.



Hubungi Kami


Kami menghargai pendapat anda. Jika anda mempunyai soalan mengenai polisi kami, sila hantarkan soalan anda ke: support@resipikekkafe.com

Tempah Sekarang!sebelum promosi tamat

Laman sesawang ini dimiliki oleh Aja Magic Kitchen (002744784-U)